Khamis, 3 Oktober 2019

PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum w.b.t... Saya ingin membuat perkongsian tentang petua yg Imam Syafie buat...Di dunia ini, terdapat 4 mazhab yg dilakukan oleh umat islam serata dunia dalam melakukan ibadah islam... Antara mazhab yg kita ketahui adalah mazhab Imam Syafie yg biasa dilakukan oleh masyarakat asia tenggara termasuk masyarakat Malaysia, mazhab Imam Maliki, mazhab Imam Hambali dan mazhab Imam Hanafi... Mereka adalah tokoh-tokoh islam yg boleh kita jadikan contoh dan pengajaran dlm mengamalkan kehidupan seharian kita... Antara petua yg boleh kita ikuti daripada petua yg diamalkan oleh Imam Syafie adalah :


4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas


4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak berkelamin (Bersetubuh)

2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan makanan yang masam


4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

1. Duduk menghadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang pemandangan yang berwarna hijau

4. Memakai pakaian yang bersih


4 PERKARA MEROSAKKAN MATA

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat


4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulamak


4 CARA TIDUR

1. Tidur para nabi
Tidur telentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur para ulamak dan ahli ibadah
Miring sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur para raja yang haloba
Miring belah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur syaitan
Menelungkup/Tertiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...