Isnin, 21 Oktober 2019

TIP MENJAGA PERSAHABATAN

Assalamualaikum w.b.t, bertemu lagi kita dalam entri kali ini setelah lama tidak menulis... Harini Miera nak kongsikan tentang tip menjaga persahabatan dengan sahabat kita yg sedia ada... Menjalin persahabatan memang mudah kalau anda seorang yg ramah, tapi ternyata hendak menjaga hubungan dengan persahabatan yang sedia ada amat sukar sekali... Berikut adalah beberapa tip yang Miera ingin kongsikan daripada buku 'Wadah Cinta Solehah' yang Miera baca daripada buku pinjaman perpustakaan di kolej Miera.....

  • Memulakan memberi salam apabila bertemu.
  • Memanggil nama sahabat dgn nama yg disukainya sama ada di depannya atau di belakangnya.
  • Menumpukan perhatian apabila sahabat sedang bercakap dengan kita dan tidak memotong percakapannya ketika sahabat bercakap dengan kita.
  • Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Sekiranya kita menyimpan pujian itu, bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam terhadap sahabat kita.
  • Tidak menceritakan keburukan sahabat kita terhadap orang lain.
  • Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan kita.
  • Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat berbanding diri kita sendiri.
  • Membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.
  • Elakkan bersangka buruk terhadap sahabat.
  • Menziarahi sahabat ketika dia sakit atau ditimpa musibah.
  • Menasihati sahabat secara berhikmah apabila melakukan kesalahan.
  • Jangan menegur kesalahan sahabat di depan khalayak ramai. Ini menunjukkan kita menjaga maruahnya.
  • Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.
  • Tidak mengulang tayang kesalahan yang dia pernah lakukan kepada kita.
  • Elakkan bertelagah sesama sendiri dalam perkara yang remeh-temeh.
  • Jangan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
  • Sembunyikan segala rahsia sahabat dan jangan bagitahu rahsia tersebut kepada orang lain.
  • Sentiasa ada di sisi sahabat ketika susah atau senang.
  • Memberi hadiah kepada sahabat ketika hari lahir dia sebagai tanda penghargaan kepada sahabat.
  • Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya sehingga akhir hayat.
  • Mengucapkan terima kasih atas kebaikan sahabat terhadap kita.
  • Sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap sahabat kita.



Akhir kata, semoga segala perkongsian yg Miera kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua...☺☺☺❤❤❤




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...