Rabu, 9 Oktober 2019

AMANAH

Assalamualaikum w.b.t... Di sini saya ingin menulis entri tentang 'AMANAH'....Sye rase korang mesti tahu kann apa itu amanah? Semua orang ada memegang amanah yg tersendiri betul tak? Contohnya adalah amanah sebagai seorang pelajar, amanah sebagai seorang anak dan sebagainya... Apa yg sye boleh perkatakan tentang Amanah adalah suatu tanggungjawab/kepercayaan yang telah diberikan oleh orang lain terhadap diri kita untuk menunaikannya dengan rasa tanggungjawab... Amanah ini juga suatu yang tidak mudah untuk ditunaikan seperti sebutan di bibir...Ada kalanya ada orang yang mendakwa dirinya amanah tetapi sebenarnya dia merupakan orang yang mengabaikan amanah dan tidak boleh dipercayai... 


Sifat org pura2 amanah ini telah dirakamkan dlm sebuah hadis dimana Huzaifah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya sifat amanah itu telah diturunkan kedalam lubuk hati para lelaki kemudian mereka mempelajari al-Quran dan kemudian mereka mempelajari as Sunnah. 

Dan baginda menceritakan kepada kami tentang diangkatnya amanah. Lalu baginda bersabda : Apabila seseorang itu tidur nyenyak maka sifat amanah itu dicabut dari hatinya sehingga meninggalkan bekas spt bekas lebam. Kemudian ia tidur nyenyak lagi dan amanah dicabut lagi sehingga meninggalkan bekas spt melepuh ditangan spt bara api yg kamu gelekkan pada kaki kamu, walaupun kamu nampak melepuh sebenarnya tiada apa2pun didalamnya. Maka manusia selanjutnya saling mengikat janji sedangkan hampir2 tiada seorang pun yg menunaikan amanah. Sehingga dikhabarkan,  "Sesungguhnya didalam bani fulan ada seorang lelaki yg amanah. Dan Dikatakan tentang lelaki itu, "Alangkah bijaknya dia, alangkah cerdasnya dia, alangkah tegasnya dia padahal tiada didalam hatinya iman walaupun seberat biji sawi
(HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Jadi, kita sebagai umat islam jangan sesekali abaikan amanah yang perlu kita pegang... Walaupun perkara atau nilainya barangkali kelihatan kecil, namun ianya tetap besar disisi Allah SWT... Akhir kata, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang beriman yang amanah terhadap tanggungjawab yang diberi dan dicintai oleh Allah dan Rasulnya...Insyaallah...Moga bermanfaat untuk semua....Amiin...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...