Assalamualaikum w.b.t, pada hari ini
saya ingin kongsikan iaitu apa yang boleh kita buat time musim perintah kawalan
pergerakan (PKP). Baru-baru ini, hampir seluruh dunia sudah terkesan dengan
virus Covid-19 ini. Covid-19 ini adalah suatu virus yang sangat membahayakan
dan saintis masih lagi mengkaji tentang virus tersebut. Covid-19 juga adalah
strain baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti.
Berdasarkan maklumat terkini, Covid-19 boleh dijangkit melalui seseorang
individu kepada individu yang lain melalui titisan pernafasan dan sentuhan.
Antara symptom berlakunya Covid-19 adalah demam,batuk dan sukar bernafas. Jadi,
untuk mengelakkan diri kita mempunyai penyakit ini, elakkan diri kita daripada
bercampur dengan orang ramai. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil inisiatif
untuk menjalankan perintah kawalan pergerakan ini supaya dapat mengurangkan
penyakit berjangkit ini merebak. Dalam tempoh kerajaan melaksanakan perintah
kawalan pergerakan, pelbagai aktiviti yang kita boleh laksanakan di rumah.
Antara aktiviti yang kita boleh buat sepanjang berada di rumah adalah :
1.
Melakukan
aktiviti – aktiviti kerohanian
Bagi orang yang beragama islam, kita
boleh meluangkan masa kita di rumah selama tempoh perintah kawalan pergerakan
ini dengan melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran, dan berpuasa. Dalam
masa yang sama, kita juga dapat menenangkan diri kita dengan beribadah kepada
Allah dan juga memohon kepada-Nya supaya negara kita pulih daripada virus
Covid-19 yang kini sudah melanda dunia. Kita juga boleh menukarkan konsep
Quarantine kepada Qurantime selama tempoh pkp ini dijalankan. Selain itu, kita
juga boleh membuat khatam Al-Quran bersama-sama dengan keluarga atau
rakan-rakan melalui media sosial.
2.
Mencuba
minat baru
Dalam tempoh pkp ini, cuba kawan-kawan
buat suatu perkara yang korang tak pernah buat contohnya buat aktiviti
kraftangan, menjahit pakaian, dan sebagainya. Korang boleh tengok dekat youtube
atau Instagram di bahagian explore. Kalau yang tak pernah masak, cubalah belajar
masak, dekat youtube pun korang boleh search apa-apa jee resepi yang korang nak.
Kalau yang jarang baca buku disebabkan sibuk dengan tugasan harian di sekolah
atau di tempat kerja, masa ini lahh korang nak khatamkan buku-buku yang korang beli
banyak-banyak dekat rumah dalam masa yang sama dapat ilmu yang bermanfaat.
3.
Menonton
Televisyen
Masa inilah masa yang paling tepat untuk
korang semua luangkan masa dengan keluarga korang untuk menonton filem, drama,
dan berita semasa bersama-sama. Jika sebelum ni korang selalu sibuk dengan
kerja, nah inilah masanya untuk korang luangkan masa bersama keluarga. Terdapat
pelbagai piihan movie dan drama yang boleh ditonton bersama–sama. Tetapi, INGAT
! Ibu bapa mestilah pantau apa movie atau drama yang anak-anak anda tonton supaya
dapat mengelakkan anak anda terjebak dengan filem yang berunsurkan keganasan dan
pornografi. Apabila ibu bapa tidak melakukan pemantauan terhadap anak-anak, ia
akan memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan diri mereka dan juga
fikiran mereka.
4.
Mengemas
Rumah
Jika sebelum ni rumah korang sentiasa
berhabuk disebabkan korang kesuntukan masa untuk meluangkan masa korang untuk
mengemas rumah, gunakan masa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini
untuk mengemas rumah bersama ahli keluarga anda. Apabila rumah kita dalam
keadaan kemas dan tersusun rapi, kita akan berasa selesa untuk beristirehat di
rumah dan dapat melahirkan suasana yang harmoni. Seeloknya, buatlah bersama
-sama ahli keluarga supaya kerja mengemas rumah dapat disiapkan dengan lebih
cepat dan sempurna.
5.
Mengulangkaji
Pelajaran
Sepanjang tempoh perintah kawalan
pergerakan ini, semua sekolah dan semua institusi pengajian tinggi telah
ditutup buat sementara waktu, tapi ini bukan alasan untuk pelajar-pelajar tidak
mahu belajar. Jika sekolah/ kolej mengadakan sesi sekolah online atau kelas
online, fokus pada kelas tersebut, ulangkaji dan ingat kembali apa yang guru
atau pensyarah ajar. Jika diberi assignment, buatlah dengan bersungguh-sungguh
dan cuba untuk siapkan di awal waktu supaya tidak berlakunya pertindihan tugas.
6.
Bersenam
Time waktu cuti ni, takkan nak makan,
tidur dan lepak sahaja. Kita perlu kekalkan aktif terhadap badan kita supaya stamina
badan kita tidak berkurangan. Selain itu, bersenam juga dapat mencergaskan
tubuh badan kita. Walaupun di dalam rumah, terdapat banyak aktiviti-aktiviti
senaman yang boleh dilakukan di rumah. Antaranya ialah Yoga, Senamrobik, Bermain
Gym, Zumba dan sebagainya. Sekiranya korang suka jenis yang outdoor, korang
boleh bersukan di halaman rumah seperti bermain badminton, melompat tali
skipping, bermain bola sepak dan berlari setempat di halaman rumah. Elakkan diri
anda untuk bersenam di kawasan awam.
Baiklah, ini sahaja untuk entri kali
ini. Saya harap agar anda semua dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah ketika musim perintah kawalan pergerakan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan