Assalamualaikum w.b.t, harini saya ingin
kongsikan tentang ‘Cara Untuk Mencintai Allah SWT’. Sebelum kita memberi
perasaan kasih sayang terhadap manusia, tanamlah perasaan cinta kita kepada
Allah SWT dahulu. Kalau korang nak tahu, Allah SWT sangat baik pada kita semua.
Dia selalu bagi nikmat pada kita tetapi adakah kita bersyukur dengan nikmat
yang Allah beri. Antaranya ialah udara untuk bernafas, makanan dan minuman yang
kita makan setiap hari, sifat yang sempurna, dan pelbagai lagi nikmat yang
Allah beri. Jadi, kita sebagai umat islam perlu menanamkan sifat cinta kita
terhadap Allah SWT kerana ketenangan dan kebahagiaan hidup kita takkan hadir
tanpa rasa cinta kita terhadap Allah SWT. Antara cara bagaimana kita hendak
mencintai Allah SWT adalah :
1.
Mengenali
Allah SWT dengan lebih dekat
Salah satu cara bagaimana kita mahu
mengenali Allah SWT dengan lebih dekat adalah mengenali 99 Asmaul Husna terlebih
dahulu serta mengetahui sifat-sifat terpuji yang ada pada Allah SWT. Selain itu,
kita juga perlu mengenali kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan
As-Sunnah.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah)
sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan
mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka
menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah ayat 186)
2.
Bersangka
baik terhadap Allah SWT
Kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa
bersangka baik terhadap Allah SWT sebagai tanda cinta dan kasih sayang kita
terhadap Allah SWT. Seandainya diri kita diberi ujian yang berat oleh Allah
SWT, kita perlu berfikiran positif dan percaya bahawa Allah lahh sebaik-baik
perancangan dan segala yang berlaku juga adalah takdir yang sudah Allah tetapkan
dalam perjalanan hidup kita.
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT
telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku
bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.
Sekiranya dia mengingatiKu dalam
dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu
di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang
lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).
Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku
akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan
mendekatinya sedepa.
Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan
berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3.
Mencintai
sesuatu yang Allah cintai
Rasa cinta itu amat berkait rapat dengan
amalan dan tingkah laku yang kita lakukan untuk mencintai sesuatu yang Allah
cinta. Sebagai contoh, buat apa yang Dia suruh, dan tinggal apa yang Dia
larang. Tetapi hakikatnya dewasa ini, ramai manusia yang mengakui mereka
cintakan Allah tetapi tingkah laku dan perbuatan mereka setiap hari langsung
tidak mengikut apa yang Allah suruh. Sebagai contoh, tidak menjaga ikhtilat,
sering berbuat maksiat dan sebagainya. Jadi, apabila kita ingin mencintai
sesuatu yang Allah cintai, belajar untuk ikhlaskan hati kita dan ikutlah
petunjuk Rasulullah SAW yang telah beliau ajarkan pada kita.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika
benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu
serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.” (Surah Ali-‘Imran ayat 31)
4.
Memperkecilkan
cinta kita kepada dunia
Walaupun kita sering digalakkan untuk
memperkecilkan cinta kita terhadap dunia, namun kita juga tidak boleh untuk
terus jadi miskin, menjauhi masyarakat dan menjauhi teknologi. Tetapi, apa yang
perlu kita buat adalah manfaatkan ilmu yang kita ada ke arah kebaikan dan jalan
yang diredhai oleh Allah SWT.
“Allah Yang Maha Agung dan Mulia
menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku: “Wahai
Muhammad, katakanlah: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu,
mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan
aku untuk mencintai-Mu.’ (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Baiklah, ini sahaja point yang saya nak
sampaikan kepada kawan-kawan semua. Moga ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi
asbab untuk kita sama-sama masuk ke syurga-Nya.
SUMBER RUJUKAN
ILUVISLAM (2018), Cara Memperoleh
Cinta Allah, Diperoleh pada 20 April 2020 daripada https://iluvislam.com/cara-mencintai-allah/
Terbaik miera. Keep it up 💪🏻
BalasPadamTerima kasih...
Padam