Isnin, 27 April 2020

AMALAN YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH WANITA KETIKA HAID DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t, harini kita sudahpun masuk hari keempat dalam menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan di bulan yang mulia ini walaupun Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang agak berbeza daripada Ramadhan yang sebelumnya disebabkan Ramadhan kali ini kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Tiada lagi solat tarawih berjemaah di masjid atau surau pada tahun ini, tiada lagi bazaar Ramadhan yang kita rindu-rindukan, dan tiada juga orang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Tetapi, tak bermakna kita tidak boleh melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid di bulan Ramadhan. Ramai wanita menganggap apabila mereka diberikan cuti di bulan Ramadhan, mereka tidak berkesempatan untuk membuat amal ibadah seperti berpuasa, membaca Al-Quran, dan solat tarawih tetapi ingatlah bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah suatu ibadah. Antara amalan yang boleh diamalkan oleh wanita ketika haid di bulan Ramadhan adalah :

1.    Bersedekah
Seperti yang kita ketahui, banyak manfaat yang kita boleh dapat apabila kita bersedekah di bulan Ramadhan ini. Antara manfaatnya adalah kita dapat menyucikan diri kita daripada dosa, dapat memberi ketenangan hati kepada kita dan dapat meringankan siksa kubur apabila kita meninggal suatu hari nanti. Selain itu, Ia juga dapat meringankan beban fakir miskin yang mengalami kesusahan untuk mencari makanan pada waktu berbuka puasa.

 Yuk Bersedekah! Subhanallah, Ini Dia 12 Hikmah dan Keajaiban ...

2.    Berzikir
Apabila kita dalam keadaan haid, kita tidak boleh membaca Al-Quran dan berpuasa, tetapi ia tidak menghalang kita untuk terus berzikir bagi menambahkan pahala kita. Hal ini kerana zikir yang kita hendak amalkan tidak memerlukan air wuduk dan berada dalam keadaan suci daripada hadas untuk terus berzikir pada Allah dan Rasul-Nya. Jadi, apakah alasan kita untuk kita cuti daripada mengingati Allah? Sedangkan kita boleh berzikir sambal membaca, berzikir sambil memasak makanan untuk berbuka puasa dan juga berzikir sambil berehat.

 Amalan Zikir Harian

3.    Mendengar bacaan Al-Quran
Walaupun kita tidak boleh membaca Al-Quran ketika dalam keadaan haid, tetapi kita boleh buka radio Al-Quran di telefon kita untuk kita mendengarnya. Walaupun kita hanya mendengar Al-Quran, tetapi ia tetap dapat memberikan pahala kepada pendengar Al-Quran sama seperti kita membaca Al-Quran. Bahkan Allah juga berjanji untuk memberikan rahmat kepada sesiapa yang mendengar dengan tekun bacaan Al-Quran dan Rasullah SAW juga selalu meminta sahabatnya membaca al-Quran dan Baginda mendengar bacaan itu. Ibnu Mas’ud menceritakan, Rasulullah SAW pernah memintanya membaca al-Quran. “Bacakan untuk saya wahai Ibnu Mas’ud.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Bagaimana mungkin saya membacanya untuk tuan sedangkan al-Quran diturunkan kepada tuan?” Rasulullah SAW berkata: “Saya suka mendengar orang lain membaca al-Quran.” Ibnu Mas’ud kemudian membaca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?” Baginda berkata dengan air matanya berlinangan: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


RAHSIA MENDENGAR BACAAN AL-QURAN! PERLU TAHU | Islam Itu Indah


4.    Sediakan juadah yang lazat untuk orang yang berbuka puasa
Terdapat banyak dalil yang menceritakan kelebihan menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Antara kelebihannya adalah orang yang memberi makan tersebut diberikan pahala standing dengan orang yang berpuasa, Antara nas dalilnya ialah :

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)


 Agih 7,000 juadah berbuka puasa


5.    Membaca buku yang bermanfaat
Apabila kita dalam keadaan haid, kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita dengan membaca buku yang bermanfaat seperti buku cerita yang berunsurkan islamik dan moral dan juga buku-buku fiksyen mengenai sains, teknologi, alam semesta dan juga hukum-hukum islam. Salah satu jenama buku yang boleh kita lihat yang banyak menjual buku-buku yang boleh memberikan manfaat kepada kita adalah buku-buku daripada Syarikat Tarbiah Sentap Official. Buku - buku  yang mereka keluarkan juga dapat memberi isi yang sangat bermanfaat dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita dan dalam masa yang sama kandungan buku itu juga dapat memberikan sentapan kepada kita untuk kita menyesal supaya tidak melakukan dosa yang Allah murka.

Tarbiah Sentap pe Twitter: "Dlm buku TARBIAH SENTAP 2,saya ada ...


Akhir kata, semoga apa yang disampaikan dapat manfaat untuk semua dan semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua. Oleh itu, imarahkanlah bulan Ramadhan ini dengan melakukan amal ibadah di rumah.


Ramadan Is Like The Rain. It Nourishes The Seed Of Good Deeds ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...