Isnin, 27 April 2020

AMALAN YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH WANITA KETIKA HAID DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t, harini kita sudahpun masuk hari keempat dalam menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan di bulan yang mulia ini walaupun Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang agak berbeza daripada Ramadhan yang sebelumnya disebabkan Ramadhan kali ini kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Tiada lagi solat tarawih berjemaah di masjid atau surau pada tahun ini, tiada lagi bazaar Ramadhan yang kita rindu-rindukan, dan tiada juga orang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Tetapi, tak bermakna kita tidak boleh melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid di bulan Ramadhan. Ramai wanita menganggap apabila mereka diberikan cuti di bulan Ramadhan, mereka tidak berkesempatan untuk membuat amal ibadah seperti berpuasa, membaca Al-Quran, dan solat tarawih tetapi ingatlah bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah suatu ibadah. Antara amalan yang boleh diamalkan oleh wanita ketika haid di bulan Ramadhan adalah :

1.    Bersedekah
Seperti yang kita ketahui, banyak manfaat yang kita boleh dapat apabila kita bersedekah di bulan Ramadhan ini. Antara manfaatnya adalah kita dapat menyucikan diri kita daripada dosa, dapat memberi ketenangan hati kepada kita dan dapat meringankan siksa kubur apabila kita meninggal suatu hari nanti. Selain itu, Ia juga dapat meringankan beban fakir miskin yang mengalami kesusahan untuk mencari makanan pada waktu berbuka puasa.

 Yuk Bersedekah! Subhanallah, Ini Dia 12 Hikmah dan Keajaiban ...

2.    Berzikir
Apabila kita dalam keadaan haid, kita tidak boleh membaca Al-Quran dan berpuasa, tetapi ia tidak menghalang kita untuk terus berzikir bagi menambahkan pahala kita. Hal ini kerana zikir yang kita hendak amalkan tidak memerlukan air wuduk dan berada dalam keadaan suci daripada hadas untuk terus berzikir pada Allah dan Rasul-Nya. Jadi, apakah alasan kita untuk kita cuti daripada mengingati Allah? Sedangkan kita boleh berzikir sambal membaca, berzikir sambil memasak makanan untuk berbuka puasa dan juga berzikir sambil berehat.

 Amalan Zikir Harian

3.    Mendengar bacaan Al-Quran
Walaupun kita tidak boleh membaca Al-Quran ketika dalam keadaan haid, tetapi kita boleh buka radio Al-Quran di telefon kita untuk kita mendengarnya. Walaupun kita hanya mendengar Al-Quran, tetapi ia tetap dapat memberikan pahala kepada pendengar Al-Quran sama seperti kita membaca Al-Quran. Bahkan Allah juga berjanji untuk memberikan rahmat kepada sesiapa yang mendengar dengan tekun bacaan Al-Quran dan Rasullah SAW juga selalu meminta sahabatnya membaca al-Quran dan Baginda mendengar bacaan itu. Ibnu Mas’ud menceritakan, Rasulullah SAW pernah memintanya membaca al-Quran. “Bacakan untuk saya wahai Ibnu Mas’ud.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Bagaimana mungkin saya membacanya untuk tuan sedangkan al-Quran diturunkan kepada tuan?” Rasulullah SAW berkata: “Saya suka mendengar orang lain membaca al-Quran.” Ibnu Mas’ud kemudian membaca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?” Baginda berkata dengan air matanya berlinangan: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


RAHSIA MENDENGAR BACAAN AL-QURAN! PERLU TAHU | Islam Itu Indah


4.    Sediakan juadah yang lazat untuk orang yang berbuka puasa
Terdapat banyak dalil yang menceritakan kelebihan menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Antara kelebihannya adalah orang yang memberi makan tersebut diberikan pahala standing dengan orang yang berpuasa, Antara nas dalilnya ialah :

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)


 Agih 7,000 juadah berbuka puasa


5.    Membaca buku yang bermanfaat
Apabila kita dalam keadaan haid, kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita dengan membaca buku yang bermanfaat seperti buku cerita yang berunsurkan islamik dan moral dan juga buku-buku fiksyen mengenai sains, teknologi, alam semesta dan juga hukum-hukum islam. Salah satu jenama buku yang boleh kita lihat yang banyak menjual buku-buku yang boleh memberikan manfaat kepada kita adalah buku-buku daripada Syarikat Tarbiah Sentap Official. Buku - buku  yang mereka keluarkan juga dapat memberi isi yang sangat bermanfaat dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita dan dalam masa yang sama kandungan buku itu juga dapat memberikan sentapan kepada kita untuk kita menyesal supaya tidak melakukan dosa yang Allah murka.

Tarbiah Sentap pe Twitter: "Dlm buku TARBIAH SENTAP 2,saya ada ...


Akhir kata, semoga apa yang disampaikan dapat manfaat untuk semua dan semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua. Oleh itu, imarahkanlah bulan Ramadhan ini dengan melakukan amal ibadah di rumah.


Ramadan Is Like The Rain. It Nourishes The Seed Of Good Deeds ...

Jumaat, 24 April 2020

MENGAPA KITA KEJAR CINTA MANUSIA SEDANGKAN ALLAH YANG BAGI PERASAAN ITU PADA KITA?


Assalamualaikum w.b.t, Miera nak tanya, korang pernah dengar tak yang ada di antara kawan-kawan kita kata ‘Bosannya hidup single’, ‘Untunglah dah ada awek/pakwe’, dan ada juga manusia yang dokk kutuk2 orang yang single nii seolah-olah mereka tak laku dan hina sangat. Guys, come on lahh, bak kata Naufal Isa (Penyanyi The Truth Tarbiah Sentap), “Dipandang manusia belum tentu dipandang Allah’. Jadi, apa yang perlu kita risaukan, boleh jadi orang-orang yang bangga disebabkan diri mereka menjadi kegilaan manusia tu lahh orang yang paling dilaknat oleh Allah. Nauzubillahiminzalik, moga bukan kita. Tujuan saya untuk menulis dalam entri kali ini adalah saya ingin berkongsi tiga sebab mengapa kita terlalu mengejar cinta manusia berbanding cinta Allah. Antara tiga sebab terjadinya perkara tersebut dalam diri kita adalah :

1.    Sifat
Saya memang tak boleh nak nafikan yang perasaan cinta itu adalah fitrah yang Allah bagi pada kita. Even saya sendiri pun pernah menyukai seseorang dan bercinta dengan seseorang tapi kita kena ingat bahawa cinta kita pada manusia boleh menyebabkan hati kita disakiti malah ada yang sampai tahap anxiety dan depression. Nak ke macam tu? Mestilah taknak kan. Siapa yang boleh menafikan pendapat saya, kebanyakan orang yang bercinta atau menyukai seseorang mesti disebabkan sifatnya. Betul tak? Tak ada orang yang tiba-tiba terjatuh cinta dekat seseorang itu secara tiba-tiba kalau bukan sebab sifatnya. Ada yang menyukai seseorang itu sebab dia cantik, sebab dia kacak, sebab dia penyayang, sebab dia baik dan banyak lagi. Tapi ingatlah bahawa semua sifat yang awak pandang pada dia semuanya ada pada Allah tapi kenapa awak tak nampak sifat Allah. Fikirkanlah…

Tips Untuk Elak Jatuh Suka Pada Seseorang / Lupakan Seseorang ... 

2.     Budaya rakan sekeliling
Kebanyakan masyarakat yang ada di muka bumi ini, ramai yang terjebak dengan kecintaan terhadap manusia sebelum menjadi hubungan yang sah. Malah ada di antara pelajar sekolah menengah dan yang paling teruk ada juga dalam kalangan pelajar sekolah rendah sudah terlibat dengan budaya couple ini. Kalau kita lihat, ramai pendakwah, ustaz, dan ustazah sejak dahulu lagi sudah berbincang mengenai perkara ini dan telahpun difatwakan haram. Tetapi kenapa kita masih ingkar, kenapa kita masih buat perkara tersebut sedangkan kita tahu yang benda tu haram. Saya faham kadang-kadang kita berasa rendah diri dan rasa cemburu melihat kawan-kawan kita sudah berbahagia dengan pasangan couple mereka. Tapi, cuba kita duduk diam-diam dan fikir balik adakah kita yakin yang kita akan kahwin dengan pasangan couple kita kalau kita couple sekalipun. Adakah awak yakin yang kawan-kawan awak akan kahwin dengan pasangan couple mereka. Percayalah, mungkin ada sesetengah yang bertahan sampai ke jinjang pelamin tetapi kebanyakan yang saya jumpa adalah terputus di tengah jalan. So, janganlah rasa yang bercinta sebelum kahwin tuu boleh membahagiakan kita. 

Bila Cinta Bermula & Berakhir Pada Allah Maka Cinta Yang Lain ...


3.    Terpengaruh dengan media massa dan novel2 cinta
Pada zaman ini, kebanyakan usia masyarakat yang baru nak meningkat remaja ni suka sangat melihat drama cinta dan membaca novel-novel tentang cinta. Hal ini disebabkan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap hubungan cinta tersebut sehingga ada yang terlibat dengan isu couple. Pada waktu usia sebegitu juga perasaan ingin tahu para remaja untuk melakukan hubungan yang haram  juga sangatlah tinggi. Jadi, ibu bapa dan sahabat-sahabat yang tidak mahu sahabatnya masuk ke dalam neraka perlulah pantau apa yang mereka lihat dan pantau juga apa yang mereka buat. Oleh itu, para remaja perlu berhati-hati dalam menggunakan media massa dan elakkan baca novel tentang cinta. Selain itu, para remaja juga perlu berhati-hati ketika bergaul dengan rakan-rakan sekeliling. Apabila para remaja suka terpengaruh dengan kisah-kisah di novel cinta dan juga drama-drama cinta, ia dapat mendorong para remaja untuk menjalinkan hubungan cinta yang mereka sangkakan mereka akan bahagia dengan memiliki pasangan seperti itu.
Pin oleh irpan budiansyah di bacotan | Kutipan tentang kehidupan ... 
Akhir kata, sebelum kita mendapatkan cinta manusia, kejarlah cinta Allah terlebih dahulu. Apabila kita mendapatkan cinta Allah, insyaAllah Allah akan memberikan kebahagiaan yang sebenar dalam hidup kita.
Kenapa Allah membuat kita jatuh cinta pada seseorang yang ternyata ... 


Isnin, 20 April 2020

CARA UNTUK MENCINTAI ALLAH SWT


Assalamualaikum w.b.t, harini saya ingin kongsikan tentang ‘Cara Untuk Mencintai Allah SWT’. Sebelum kita memberi perasaan kasih sayang terhadap manusia, tanamlah perasaan cinta kita kepada Allah SWT dahulu. Kalau korang nak tahu, Allah SWT sangat baik pada kita semua. Dia selalu bagi nikmat pada kita tetapi adakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Antaranya ialah udara untuk bernafas, makanan dan minuman yang kita makan setiap hari, sifat yang sempurna, dan pelbagai lagi nikmat yang Allah beri. Jadi, kita sebagai umat islam perlu menanamkan sifat cinta kita terhadap Allah SWT kerana ketenangan dan kebahagiaan hidup kita takkan hadir tanpa rasa cinta kita terhadap Allah SWT. Antara cara bagaimana kita hendak mencintai Allah SWT adalah :

1.    Mengenali Allah SWT dengan lebih dekat
Salah satu cara bagaimana kita mahu mengenali Allah SWT dengan lebih dekat adalah mengenali 99 Asmaul Husna terlebih dahulu serta mengetahui sifat-sifat terpuji yang ada pada Allah SWT. Selain itu, kita juga perlu mengenali kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan As-Sunnah.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah ayat 186)

Ahmad Sanusi Husain.Com: Kenal dan Cinta Allah

2.    Bersangka baik terhadap Allah SWT
Kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT sebagai tanda cinta dan kasih sayang kita terhadap Allah SWT. Seandainya diri kita diberi ujian yang berat oleh Allah SWT, kita perlu berfikiran positif dan percaya bahawa Allah lahh sebaik-baik perancangan dan segala yang berlaku juga adalah takdir yang sudah Allah tetapkan dalam perjalanan hidup kita.

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.

Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).

Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersangka Baik Dengan Allah - Oh! Media

3.    Mencintai sesuatu yang Allah cintai
Rasa cinta itu amat berkait rapat dengan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan untuk mencintai sesuatu yang Allah cinta. Sebagai contoh, buat apa yang Dia suruh, dan tinggal apa yang Dia larang. Tetapi hakikatnya dewasa ini, ramai manusia yang mengakui mereka cintakan Allah tetapi tingkah laku dan perbuatan mereka setiap hari langsung tidak mengikut apa yang Allah suruh. Sebagai contoh, tidak menjaga ikhtilat, sering berbuat maksiat dan sebagainya. Jadi, apabila kita ingin mencintai sesuatu yang Allah cintai, belajar untuk ikhlaskan hati kita dan ikutlah petunjuk Rasulullah SAW yang telah beliau ajarkan pada kita.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-‘Imran ayat 31)

Doa mohon dicintai Allah dan mencintai Allah | Cinta allah, Sembahyang

4.    Memperkecilkan cinta kita kepada dunia
Walaupun kita sering digalakkan untuk memperkecilkan cinta kita terhadap dunia, namun kita juga tidak boleh untuk terus jadi miskin, menjauhi masyarakat dan menjauhi teknologi. Tetapi, apa yang perlu kita buat adalah manfaatkan ilmu yang kita ada ke arah kebaikan dan jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

“Allah Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku: “Wahai Muhammad, katakanlah: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.’ (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Baiklah, ini sahaja point yang saya nak sampaikan kepada kawan-kawan semua. Moga ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi asbab untuk kita sama-sama masuk ke syurga-Nya.

♥ FisabilillaH ♥: Ya Allah berikan aku sekuat-kuat kemampuan


SUMBER RUJUKAN
ILUVISLAM (2018), Cara Memperoleh Cinta Allah, Diperoleh pada 20 April 2020 daripada https://iluvislam.com/cara-mencintai-allah/

Khamis, 16 April 2020

6 AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


Assalamualaikum w.b.t, pada hari ini saya ingin kongsikan iaitu apa yang boleh kita buat time musim perintah kawalan pergerakan (PKP). Baru-baru ini, hampir seluruh dunia sudah terkesan dengan virus Covid-19 ini. Covid-19 ini adalah suatu virus yang sangat membahayakan dan saintis masih lagi mengkaji tentang virus tersebut. Covid-19 juga adalah strain baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti. Berdasarkan maklumat terkini, Covid-19 boleh dijangkit melalui seseorang individu kepada individu yang lain melalui titisan pernafasan dan sentuhan. Antara symptom berlakunya Covid-19 adalah demam,batuk dan sukar bernafas. Jadi, untuk mengelakkan diri kita mempunyai penyakit ini, elakkan diri kita daripada bercampur dengan orang ramai. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk menjalankan perintah kawalan pergerakan ini supaya dapat mengurangkan penyakit berjangkit ini merebak. Dalam tempoh kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan, pelbagai aktiviti yang kita boleh laksanakan di rumah. Antara aktiviti yang kita boleh buat sepanjang berada di rumah adalah :

1.    Melakukan aktiviti – aktiviti kerohanian
Bagi orang yang beragama islam, kita boleh meluangkan masa kita di rumah selama tempoh perintah kawalan pergerakan ini dengan melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran, dan berpuasa. Dalam masa yang sama, kita juga dapat menenangkan diri kita dengan beribadah kepada Allah dan juga memohon kepada-Nya supaya negara kita pulih daripada virus Covid-19 yang kini sudah melanda dunia. Kita juga boleh menukarkan konsep Quarantine kepada Qurantime selama tempoh pkp ini dijalankan. Selain itu, kita juga boleh membuat khatam Al-Quran bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan melalui media sosial.

Learn Quran Reading Online - Learn to Read Quran in Arabic ...
2.    Mencuba minat baru
Dalam tempoh pkp ini, cuba kawan-kawan buat suatu perkara yang korang tak pernah buat contohnya buat aktiviti kraftangan, menjahit pakaian, dan sebagainya. Korang boleh tengok dekat youtube atau Instagram di bahagian explore. Kalau yang tak pernah masak, cubalah belajar masak, dekat youtube pun korang boleh search apa-apa jee resepi yang korang nak. Kalau yang jarang baca buku disebabkan sibuk dengan tugasan harian di sekolah atau di tempat kerja, masa ini lahh korang nak khatamkan buku-buku yang korang beli banyak-banyak dekat rumah dalam masa yang sama dapat ilmu yang bermanfaat.

5 Reasons to Cook for the Family! - North Shore Pediatric Therapy

3.    Menonton Televisyen
Masa inilah masa yang paling tepat untuk korang semua luangkan masa dengan keluarga korang untuk menonton filem, drama, dan berita semasa bersama-sama. Jika sebelum ni korang selalu sibuk dengan kerja, nah inilah masanya untuk korang luangkan masa bersama keluarga. Terdapat pelbagai piihan movie dan drama yang boleh ditonton bersama–sama. Tetapi, INGAT ! Ibu bapa mestilah pantau apa movie atau drama yang anak-anak anda tonton supaya dapat mengelakkan anak anda terjebak dengan filem yang berunsurkan keganasan dan pornografi. Apabila ibu bapa tidak melakukan pemantauan terhadap anak-anak, ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan diri mereka dan juga fikiran mereka.

Duduk lama depan televison berisiko hidap kanser usus | Free ...

4.    Mengemas Rumah
Jika sebelum ni rumah korang sentiasa berhabuk disebabkan korang kesuntukan masa untuk meluangkan masa korang untuk mengemas rumah, gunakan masa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini untuk mengemas rumah bersama ahli keluarga anda. Apabila rumah kita dalam keadaan kemas dan tersusun rapi, kita akan berasa selesa untuk beristirehat di rumah dan dapat melahirkan suasana yang harmoni. Seeloknya, buatlah bersama -sama ahli keluarga supaya kerja mengemas rumah dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna.

7 Trik Rumah Nampak Baru & Kemas Ketika Raya, #3 Paling Mudah Dan ...

5.    Mengulangkaji Pelajaran
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, semua sekolah dan semua institusi pengajian tinggi telah ditutup buat sementara waktu, tapi ini bukan alasan untuk pelajar-pelajar tidak mahu belajar. Jika sekolah/ kolej mengadakan sesi sekolah online atau kelas online, fokus pada kelas tersebut, ulangkaji dan ingat kembali apa yang guru atau pensyarah ajar. Jika diberi assignment, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan cuba untuk siapkan di awal waktu supaya tidak berlakunya pertindihan tugas.

The most effective study techniques backed by science | Cluey Learning

6.    Bersenam
Time waktu cuti ni, takkan nak makan, tidur dan lepak sahaja. Kita perlu kekalkan aktif terhadap badan kita supaya stamina badan kita tidak berkurangan. Selain itu, bersenam juga dapat mencergaskan tubuh badan kita. Walaupun di dalam rumah, terdapat banyak aktiviti-aktiviti senaman yang boleh dilakukan di rumah. Antaranya ialah Yoga, Senamrobik, Bermain Gym, Zumba dan sebagainya. Sekiranya korang suka jenis yang outdoor, korang boleh bersukan di halaman rumah seperti bermain badminton, melompat tali skipping, bermain bola sepak dan berlari setempat di halaman rumah. Elakkan diri anda untuk bersenam di kawasan awam.

Covid-19: Sahut cabaran bersenam di rumah

Baiklah, ini sahaja untuk entri kali ini. Saya harap agar anda semua dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah ketika musim perintah kawalan pergerakan ini.



ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...