Ahad, 29 September 2019

12 SIKAP ORANG BERJAYA

Assalamualaikum...Disini saya ingin kongsikan 12 sikap orang berjaya daripada penceramah kesukaan saya iaitu Dato' Azizan Osman...Beliau banyak memberikan kesedaran motivasi kepada semua masyarakat melalui seminar dan perkongsian yang bermanfaat di laman sosial atau laman internet. Dato' Azizan Osman juga antara 100 usahawan paling berpengaruh di Malaysia pada tahun 2017...


Dato' Azizan Osman


Antara 12 sikap orang berjaya adalah : 


1. Bersyukur


Orang yg berjaya sentiasa bersyukur tidak kira samada apa yang mereka usahakan capai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur. Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan berusaha untuk melihat dari sudut yang baik-baik. Mereka faham, apabila mereka bersyukur lebih banyak perkara yang baik - baik akan datang dan mereka juga tahu ada ramai lagi yang lebih susah atau kurang bernasib baik daripada mereka. 


2. Membina keyakinan


Keyakinan memang tidak datang dengan sendiri. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan keyakinan itu sendiri. Orang yang berjaya akan mendapatkan keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara. Mereka juga akan mendapatkannya daripada beberapa sumber dan mengkajinya sehingga merasakan sesuai dengan mereka... Dalam islam ada 4 keyakinan yang kita perlu miliki iaitu Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin dan Qamalul Yaqin'...


3. Tidak membanding-bandingkan diri sendiri


Orang yg berjaya tidak membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mereka juga akan menerima kekurangan diri mereka sendiri sebaiknya dan cuma memperbaiki dari semasa ke semasa. Dan mereka berfikir, segala kebaikan yang mereka ada, dilihat sebagai peluang untuk membantu orang lain. 


4. Suka membantu orang lain


Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain. Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara yang mereka boleh termasuk berkongsi ilmu pada orang lain. 


5. Memupuk perhubungan sosial


Jarang kita dapat lihat orang yang berjaya tidak suka bergaul dengan orang lain. Jika ada pun, mungkin mereka ada masalah tertentu. Di mana-mana, kita selalu melihat orang-orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif. Kadang-kadang ada antara mereka cuba membina perhubungan dengan orang yang di luar lingkup sosial mereka dengan harapan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mendapat lebih banyak kebaikan. 


6. Mempunyai strategi sendiri


Orang yang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara yang besar. Mereka selalunya mengambil kira beberapa faktor seperti adakah ianya membawa kebaikan, berapa lama masa yang perlu diluangkan, adakah kebaikan tersebut untuk jangka panjang dan banyak perkara lagi. Di samping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan. Hal ini kerana mereka yakin, ada perkara boleh berlaku di luar jangkaan dan setiap kegagalan ada pengajarannya. 


7. Memaafkan


Orang yang berjaya mudah memaafkan orang lain. Sebagaimana mereka tidak mahu orang lain tidak memaafkan mereka, mereka juga tidak mahu menyimoan dendam. Bagi mereka, dendam boleh membinasakan dan menjadi racun kepada diri sendiri. Ada juga orang yang berjaya kerana menjadikannya dendam sebagai satu motivasi positif. Tapi mereka adalah berdendam bukan kepada orang tetapi kepada peristiwa yang menjadikannya mereka terinspirasi untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih baik. 


8. Menambahkan pengalaman



Orang-orang yang berjaya suka mencari pengalaman baru. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, melancong ke lokasi yang baru, melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dan banyak lagi. Hal ini kerana mereka suka menguji diri sendiri untuk mengatasi halangan dan cabaran yang berbeza. Pada setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan, mereka mencipta kejayaan baru. 


9. Menikmati kehidupan


Orang - orang yang berjaya selalunya menikmati saat-saat kehidupan mereka. Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan. Hal ini kerana mereka sangat menghargai nyawa dan waktu yang diberikan oleh tuhan. Oleh sebab itu, ita selalu lihat orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka. 


10. Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian


Tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi. Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekitar dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa mereka ke arah kejayaan. Boleh dikatakan, orang yang berjaya akan ketagih mencipta kejayaan-kejayaan lain, sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya. 


11. Menjaga kesihatan


Apa gunanya kejayaan jika tubuh badan tidak sihat untuk menikmatinya? Oleh kerana itu ramai orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan. Mereka amat menitikberatkan pengambilan makanan, sentiasa bersenam pada waktu lapang, beriadah, mengambil vitamin dan juga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang merosakkan kesihatan mereka sebagai contoh ' merokok'... Ingatlah kesihatan yang baik juga adalah suat kejayaan!!!


12. Menjaga perhubungan dengan Allah SWT


Sebesar mana pun usaha yang diambil, setinggi mana pun cita-cita kita, hanya dengan izin Allah kejayaan itu tercapai... Orang yang berjaya sangat berpegang teguh dengan perkara ini. Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia malah mereka juga mengejar kejayaan di akhirat. Mereka sangat yakin bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut dengan sekelip mata. Yang mereka kejar ialah kejayaan akhirat...


Akhir kata, kejayaan takkan datang tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Jika anda ingin berjaya, anda haruslah tabah dalam mengharungi segala cabaran yang dilalui. Selagi kita masih hidup, jangan cepat mengalah dan bangkitlah demi masa depan anda....❤❤❤

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua...☺☺☺


Sumber rujukan : 

ULASAN LAGU CINTA SEMENTARA - THE TRUTH

Assalamualaikum w.b.t, setelah sekian lama saya tak membuat posting dalam blog ini, saya ingin menceritakan pengajaran yang kita boleh dapat...