Assalamualaikum w.b.t...Sebelum ni Miera dh kongsikan tentang tip menjaga persahabatan tapi hari ni Miera nk kongsikan tentang aktiviti2 yg biasa dilakukan oleh pelajar cemerlang daripada buku yg Miera pinjam daripada perpustakaan kolej iaitu buku berjudul 'Wadah Cinta Solehah' ditulis oleh Rusnah Abu Samah. Buku ini banyak memberi Miera informasi yg berguna pada Miera utk Miera amalkan dlm kehidupan seharian Miera sebagai seorang pelajar atau seorang remaja... Antara aktiviti pelajar cemerlang adalah :
1. Membentuk kumpulan belajar (Study Group)
1. Membentuk kumpulan belajar (Study Group)
Apabila kita mempunyai rakan-rakan yang mempunyai visi dan misi yang sama iaitu ingin memperoleh kejayaan dalam peperiksaan adalah sangat baik jika menubuhkan kumpulan belajar dengan mereka. Tapi syarat untuk menubuhkan kumpulan belajar adalah jangan terlalu ramai dan ambillah pelajar yang betul2 ingin belajar sahaja supaya tidak mengakhiri perjumpaan kumpulan belajar itu dengan bersembang perkara-perkara yg lagha lebih lama daripada belajar bersama-sama.
2. Sering ke perpustakaan
Perpustakaan adalah salah satu sumber gedung ilmu pengetahuan untuk mendapatkan buku-buku yang ingin dipinjam. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat efektif untuk anda mentelaah pelajaran dan mencari maklumat - maklumat penting yg ingin dicari.
Bahan-bahan ini adalah sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan yang kontemporari. Secara khususnya ini merujuk kepada bahan-bahan ilmiah dan bukan ruangan gosip atau artis hiburan. Jika anda berkemampuan, anda boleh beli bahan ini di mana-mana kedai buku yang berdekatan, dan jika anda tidak mampu untuk memiliki bahan ini, anda boleh meminjam buku daripada mana-mana perpustakaan.
4. Menonton rancangan televisyen yang sesuai sahaja
Pelajar yang cemerlang hanya akan menonton rancangan televisyen yang sesuai sahaja untuk mengambil tahu isu-isu semasa dan mendapatkan ilmu pengetahuan seperti rancangan pendidikan, berita semasa, forum, rancangan agama, dan sebagainya. Rancangan rencana pengetahuan seperti Discovery dan National Geographic juga dapat memberi manfaat kepada mereka. Pelajar yang cemerlang tidak menonton televisyen yang boleh membuatkan mereka lalai dan filem yang boleh merosakkan otaknya.
Antara berita semasa yang boleh dilihat di televisyen. |
Salah satu rancangan rencana pengetahuan yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan. |
Peperiksaan kendiri boleh dilakukan seperti yang dihadapi dalam peperiksaan sebenar. Perkara ini boleh dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran yg kita sudah pelajari. Pelajar juga perlu menganggap peperiksaan kendiri itu sebagai peperiksaan yang sebenar. Jika anda gagal dalam peperiksaan kendiri, ini bermakna anda gagal dalam peperiksaan sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri boleh dikatakan sama seperti masuk ke dalam klinik. Anda diberitahu tentang penyakit anda (kelemahan diri anda). Selepas itu, anda perlu mencari ubat untuk mengubati penyakit tersebut.
6. Sediakan jadual waktu di rumah
Jadual waktu di rumah berperanan untuk merancang masa belajar pelajar di luar sekolah. Sekiranya anda ingin membuat jadual waktu di rumah, anda boleh minta nasihat guru, abang atau kakak yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif dalam kehidupan seharian kita. Tetapi ingatlah jadual yang dibuat mestilah dipatuhi.
7. Sertai ceramah motivasi
Kem atau ceramah motivasi yang diadakan oleh pelbagai pihak mampu menaikkan semangat dan meningkatkan keyakinan diri. Ikutilah walaupun berkali-kali. Jangan sesekali berasa jemu dengan program seperti ini. Kita tidak tahu yang mana satu program ini yang boleh membuat anjakan paradigma dalam hidup kita.
8. Sertai seminar peperiksaan
Seminar peperiksaan berfungsi untuk memberi kefahaman teknik-teknik menjawab kertas soalan peperiksaan dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Seminar ini kebiasaannya dikendalikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Selain pengalaman, anda juga boleh menerima pelbagai tip yang berguna untuk anda yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
9. Beli buku rujukan yang sesuai
Untuk membeli buku rujukan yang sesuai, anda boleh minta bantuan guru untuk memilih buku rujukan yang paling terbaik yang anda boleh guna untuk persiapan menghadapi peperiksaan. Ingatlah pepatah Inggeris yang menyatakan "Don't judge a book by its cover". Buku yang kelihatan luarannya cantik tidak semestinya isi dalam buku itu menepati kehendak. Hanya guru yang lebih memahami kualiti buku rujukan tersebut.
10. Ikuti kelas tuisyen
Anda boleh ikuti kelas tuisyen bagi kursus atau subjek yang anda lemah. Kelas tuisyen juga mampu menambahkan lagi kecekapan pelajar dalam subjek-subjek tertentu.
11. Melawat pameran buku
Walaupun anda tidak membeli buku di tempat tersebut, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda akan selalu menziarahi sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Rasulullah SAW bersabda : 'Jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, kalau tidak dapat minyaknya sekurang-kurangnya dapat wanginya. Jika kamu berkawan dengan tukang besi, kalau tidak terbakar baju paling kurang dapat asapnya.'
12. Sertai aktiviti kokurikulum di sekolah secara aktif
Badan yang cergas akan melahirkan otak yang cerdas. Otak yang cerdas akan melahirkan pemikiran yang waras dan lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembap.
Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua....Kepada yg bakal menghadapi peperiksaan, semoga berjaya dalam peperiksaan dan jangan lupa mulakan 'Bismillah' sebelum masuk dewan peperiksaan....☺☺☺
"Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu."
(Sayidina Ali Bin Abi Talib)